Sinopsis Dia Yang Ku Cinta (novel)

Chempaka Amna berkongsi satu bapa tiri dengan Larra Andrew. Ibunya berkongsi cinta dengan Mama Hanna. Lelaki yang mencintainya, dicintai oleh Larra Andrew. Kerana itu dia didera fizikal dan mental. Untuk kesinambungan hidup, dia harus keluar dari penjara Mama Hanna. Pertemuan dengan Luqman, jurutera muda itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mama Hanna dan Larra Andrew.